Teks: Noor azma Abu Bakar
Sebagai seorang ibu, tugas mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman membesarkan dan mendidik anak. Pengalaman serta idea yang dihuraikan ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman peribadi. Situasi mungkin berbeza bagi sesetengah individu.
Saya pernah berpendapat bahawa pengunaan gadjet seperti Samsung tab dan Ipad berguna
dalam meransang kognitif anak-anak. Ia sebenarnya agak benar tetapi hanya dalam
peratus yang sangat kecil berbanding mendedahkan anak kepada situasi sebenar
ataupun aktiviti berkonsepkan hands-on. Dengan bermain permainan komputer, anak
menjadi semakin cekap dalam mengunakan minda terutamanya permainan yang
berstrategi dan daya fokus mata juga meningkat.
Walau
bagaimanapun, semakin lama pengunaan gadjet, anak menjadi semakin pasif dan
kurang berinteraksi dengan ibu serta bapanya. Ipad dibawa kemana sahaja
sehinggakan untuk tidur adalah sesuatu yang agak mencabar di mana anak sanggup
berjaga untuk bermain. Sampai pada satu tahap, saya menyesal kerana memperkenalkan
gadjet kepada anak kerana kurangnya penglibatan dalam dunia realiti.
Saya telah mencuba pelbagai cara untuk menghentikan tabiat anak yang leka bermain
permainan video memandangkan banyak keburukan yang diperolehi berbanding
kebaikan. Saya beransur-ansur mengalihkan perhatian anak kepada dunia
sebenar. Setiap petang, gadjet akan disorokkan dan saya memujuk anak agar
bermain di halaman. Pada awalnya, ia agak sukar tapi lama-kelamaam, dengan pujukan
dan inisiatif bersama suami isteri, anak penulis beransur-ansur mengurangkan
masanya dengan gadjet. Kadang-kadang tanpa disedari anak, penulis menyorokkan
gadjet dan memberikan tugasan kepada anak supaya dia lebih yakin. Contohnya,
ajak anak membantu di dapur walaupun hanya mengacau tepung di dalam bekas, menyusun
gelas plastik, membasuh kereta, mengemaskan mainan dan bermacam lagi.
Alhamdullillah,
berkat usaha dan kesungguhan penulis bersama suami, anak tidak terlalu asyik
bermain gadjet lagi. Gadjet hanya diberikan apabila anak berjaya menyempurnakan
sesuatu tugasan dan terdapat had masa bagi penggunaannya.
Nasihat
penulis kepada ibu bapa yang ingin memberikan gadjet untuk anak mereka, tidak
perlulah. Dengan memberikan gadjet, kita mungkin lebih mudah di mana tidak
perlu melayan kehendak mereka. Akan tetapi, mereka akan terus hanyut di dalam
dunia mereka sendiri. Eloklah kita bimbing mereka, ajak mereka melakukan
aktiviti bersama walaupun aktiviti yang mudah, berinteraksi dengan mereka,
dedahkan mereka dengan dunia luar. Ini akan dapat meransang kelima-lima deria
mereka serta meningkatkan keyakinan diri. Keadaan ketika kita kecil dan zaman
di mana anak kita kecil sudah jauh berbeza. Dulu, segalanya adalah tentang
penglibatan kita, sekarang budak-budak lebih banyak menghabiskan masa dengan tv
dan gadjet. Ia bergantung kepada kita sebagai ibu bapa bagi memastikan
anak-anak kita merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika waktu kecil
mereka.
Dapat dirumuskan di sini, penggunaan gadjet mengurangkan nilai-nilai
yang baik yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga. Masa berkualiti yang patut
diluangkan akan berkurang dan pelbagai lagi kesan negatif mungkin timbul.
Terdapat banyak bahan bacaan di internet terutamanya dari pakar kanak-kanak
bagaimana penggunaan gadjet boleh mempengaruhi anak-anak.sebagai ibu bapa, kita
patut meluaskan pengetahuan dan cuba menangani kerenah anak-anak tanpa perlu
mengambil jalan mudah seperti melambakkan mereka dengan teknologi.
No comments:
Post a Comment