Teks: Noor Azma Abu Bakar
Bagi seorang surirumah bergelar ibu kepada bayi kecil, memang agak mencabar untuk menulis memandangkan semua kerja rumah perlu disiapkan ketika anak tidur sedangkan saya sendiri masih mencari masa untuk menulis. Kenapa saya berminat menulis? Kerana saya dulunya adalah seorang pendidik dan saya sangat suka bahasa. Mungkin itulah sebab saya mengambil TESL sebagai pilihan. Sebenarnya sudah beberapa minggu saya ingin mencoretkan idea tapi terlalu sibuk bercuti dan bersama anak-anak. Hari ini, walaupun dengan kain baju yang menggunung, minta dilipat serta ayam dan ikan di dalam sinki mintandi masak, saya gagahkan juga untuk mencari momentum bagi berblogging walaupun pada detik ini, saya sedang menyusukan anak dan dalam proses menidurkan beliau. Dengan hanya berbekalkan ipad, saya menaip walaupun agak kurang selesa. Ini semua bagi memulakan kembali proses menulis dan demi mencapai cita-cita melengkapkan 44 entri.
Semoga dengan ini, saya dapat membahagikan masa untuk anak-anak, menguruskan rumah serta menulis. Semoga saya mendapat momentum yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment