Teks: Noor Azma Abu Bakar
Wahai suamiku,
Sudah hampir setengah dekad kita bersama,
Mengharungi hidup bersama,
Susah payah kita bersama.
Wahai suamiku,
Kita bermula dari tiada apa-apa,
Sehingga sekarang,
Kita punya dua cahaya mata,
Punya rumah yang selesa,
Punya kelengkapan asas bagi membina keluarga.
Wahai suamiku,
Tetaplah kamu bersamaku,
Dalam suka dan duka,
Dalam susah dan senang,
Tidak perlu kita cemburukan orang lain,
Kerana apa yang kita ada sudah cukup membahagiakan kita.
Wahai suamiku,
Mungkin kita tidak mamandu Phantom mahupun Ferrari,
Mungkin kita tidak menunggang Guzzi mahupun Victory,
Mungkin kita tidak tinggal di istana,
Ketahuilah wahai suamiku,
Aku lebih bahagia begini dengan kamu disisiku sepanjang masa,
Bersama dalam susah dan senang.
Wahai suamiku,
Terima kasih kerana hadir dalam diriku,
Membahagiakan daku,
Membina keluarga bersama-sama,
Mencari rezeki bersama-sama.
Wahai suamiku,
Selamat ulang tahun yang kelima,
Dari isterimu...
Sunday, 30 March 2014
Mencari momentum bagi menulis
Teks: Noor Azma Abu Bakar
Bagi seorang surirumah bergelar ibu kepada bayi kecil, memang agak mencabar untuk menulis memandangkan semua kerja rumah perlu disiapkan ketika anak tidur sedangkan saya sendiri masih mencari masa untuk menulis. Kenapa saya berminat menulis? Kerana saya dulunya adalah seorang pendidik dan saya sangat suka bahasa. Mungkin itulah sebab saya mengambil TESL sebagai pilihan. Sebenarnya sudah beberapa minggu saya ingin mencoretkan idea tapi terlalu sibuk bercuti dan bersama anak-anak. Hari ini, walaupun dengan kain baju yang menggunung, minta dilipat serta ayam dan ikan di dalam sinki mintandi masak, saya gagahkan juga untuk mencari momentum bagi berblogging walaupun pada detik ini, saya sedang menyusukan anak dan dalam proses menidurkan beliau. Dengan hanya berbekalkan ipad, saya menaip walaupun agak kurang selesa. Ini semua bagi memulakan kembali proses menulis dan demi mencapai cita-cita melengkapkan 44 entri.
Semoga dengan ini, saya dapat membahagikan masa untuk anak-anak, menguruskan rumah serta menulis. Semoga saya mendapat momentum yang diperlukan.
Friday, 7 March 2014
Keletah anak-anak, penyeri hidup
Teks: Noor Azma Abu Bakar
Foto: Noor Azma Abu Bakar
Anak-anak merupakan amanah dari Allah. Ia adalah kurniaan paling berharga. Bukan semua orang diberikan kesempatan untuk merasai pengalaman ini. Ada yang sudah bertahun kahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Hargailah anak-anak walaupun sukar untuk menghadapi kerenah mereka yang pelbagai.
Foto: Noor Azma Abu Bakar
Anak-anak merupakan amanah dari Allah. Ia adalah kurniaan paling berharga. Bukan semua orang diberikan kesempatan untuk merasai pengalaman ini. Ada yang sudah bertahun kahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Hargailah anak-anak walaupun sukar untuk menghadapi kerenah mereka yang pelbagai.
Wednesday, 5 March 2014
Memupuk minat anak-anak
Teks: Noor azma Abu Bakar
Foto: Noor Azma Abu Bakar
Bukan
mudah untuk memupuk minat anak-anak dalam apa jua bidang. Semuanya perlu
bermula dari awal. Sebagai contoh, membaca. Ibu dan bapa perlu menunjukkan
minat dalam membaca terdahulu sebelum menyuruh anaknya berbuat demikian. Ini adalah
kerana anak belajar dari apa yang dilihat dan bukan apa yang disuruh. Jika ibu
dan bapa suka membaca, adalah tidak mustahil anak mereka juga mempunyai minat
yang sama. Ini adalah dari kacamata seorang pendidik dan juga seorang ibu.
Suka
kiranya saya dapat berkongsi sedikit pengalaman di sini. Sejak saya mengambil
keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa, saya dapat meluangkan masa
untuk menimba ilmu agama di mana ketika bekerja, saya tidak mempunyai masa
untuk mempelajari ilmu agama bersungguh-sungguh. Jadi, saya dan suami telah
mengambil peluang untuk mengambil kelas membaca Al-Quran. Walaupun anak saya
ketika itu masih berusia 3 tahun, saya telah berbincang dengan tenaga pengajar
agar anak saya dapat di masukkan ke kelas yang sama memandangkan pelajar paling
muda yang pernah diambil adalah 4 tahun.
Oleh
kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh kami, tenaga pengajar di institusi
berkenaan setuju untuk mengambil anak kami. Ingin juga saya katakan bahawa,
saya juga membawa anak saya yang masih berumur 7 bulan ke kelas. Pada mulanya,
saya agak malu memandangkan ustazah yang mengajar masih muda berbanding saya
dan tidak ada anak murid mereka yang membawa bayi ke kelas. Tetapi, mereka
memahami keadaan saya dan tidak sedikitpun memandang serong kepada saya. Oleh kerana
kami juga bermula dari awal, anak kami menunjukkan minat dalam mempelajari Iqra’.
Sebagai ibubapa, kita tidak perlu malu dalam mendidik dan memupuk minat
anak-anak. Jika perasaan malu menebal, tidak mungkin kami sanggup belajar
bersama-sama budak-budak yang masih dibangku sekolah ataupun bersama anak-anak
kecil yang masih lagi memakai lampin pakai buang.
Banyak
lagi contoh yang boleh saya berikan di sini seperti solat. Jika ibubapa itu
sendiri bukanlah seseorang yang mementingkan solat, maka tidak perlulah
membuang masa dan tenga memaksa anak untuk menunaikan solat. Semuanya bermula
dari ibu dan bapa itu sendiri. Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat. Ibu
dan bapa merupakan model bagi mereka.
Oleh
kerana saya menyentuh soal solat, ingin saya kongsikan sedikit petua yang saya
pelajari. Selalunya, kita asyik menyuruh anak-anak kita agak berpuasa tetapi
bukan untuk bersolat. Ini adalah sesuatu yang salah pada pandangan saya memandangkan
dalam agama Islam itu sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa solat adalah
tiang agama. Saya tidak ingin menghuraikan ini dengan lebih lanjut memandangkan
saya bukan pakar dalam ilmu agama. Kembali kepada soal solat. Jika seseorang
itu memelihara solatnya, maka semua amalannya akan terpelihara termasuklah berpuasa.
Puasa pula diwajibkan ke atas individu yang telah baligh. Jadi, tidak perlulah
kita memaksa anak kita yang masih di tadika atau taska untuk berpuasa. Mereka masih
kecil dan mana mungkin mampu untuk berpuasa seperti kita yang dewasa. Sedangkan
kita sendiri kepenatan, bayangkan anak kecil ini. Pada pandangan saya, eloklah
kita mendidik mereka agar memelihara solat mereka agar puasa mereka juga
terpelihara. Jadi, tiadalah isu anak-anak kecil ini mencuri makan di siang
hari. Ini hanyalah pendapat saya berdasarkan pemerhatian saya sehari-hari. Insyaallah,
saya akan kongsikan lagi tips-tips lain yang dirasakan berguna di lain hari.
Monday, 3 March 2014
Penggunaan gadjet
Teks: Noor azma Abu Bakar
Sebagai seorang ibu, tugas mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman membesarkan dan mendidik anak. Pengalaman serta idea yang dihuraikan ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman peribadi. Situasi mungkin berbeza bagi sesetengah individu.
Saya pernah berpendapat bahawa pengunaan gadjet seperti Samsung tab dan Ipad berguna
dalam meransang kognitif anak-anak. Ia sebenarnya agak benar tetapi hanya dalam
peratus yang sangat kecil berbanding mendedahkan anak kepada situasi sebenar
ataupun aktiviti berkonsepkan hands-on. Dengan bermain permainan komputer, anak
menjadi semakin cekap dalam mengunakan minda terutamanya permainan yang
berstrategi dan daya fokus mata juga meningkat.
Walau
bagaimanapun, semakin lama pengunaan gadjet, anak menjadi semakin pasif dan
kurang berinteraksi dengan ibu serta bapanya. Ipad dibawa kemana sahaja
sehinggakan untuk tidur adalah sesuatu yang agak mencabar di mana anak sanggup
berjaga untuk bermain. Sampai pada satu tahap, saya menyesal kerana memperkenalkan
gadjet kepada anak kerana kurangnya penglibatan dalam dunia realiti.
Saya telah mencuba pelbagai cara untuk menghentikan tabiat anak yang leka bermain
permainan video memandangkan banyak keburukan yang diperolehi berbanding
kebaikan. Saya beransur-ansur mengalihkan perhatian anak kepada dunia
sebenar. Setiap petang, gadjet akan disorokkan dan saya memujuk anak agar
bermain di halaman. Pada awalnya, ia agak sukar tapi lama-kelamaam, dengan pujukan
dan inisiatif bersama suami isteri, anak penulis beransur-ansur mengurangkan
masanya dengan gadjet. Kadang-kadang tanpa disedari anak, penulis menyorokkan
gadjet dan memberikan tugasan kepada anak supaya dia lebih yakin. Contohnya,
ajak anak membantu di dapur walaupun hanya mengacau tepung di dalam bekas, menyusun
gelas plastik, membasuh kereta, mengemaskan mainan dan bermacam lagi.
Alhamdullillah,
berkat usaha dan kesungguhan penulis bersama suami, anak tidak terlalu asyik
bermain gadjet lagi. Gadjet hanya diberikan apabila anak berjaya menyempurnakan
sesuatu tugasan dan terdapat had masa bagi penggunaannya.
Nasihat
penulis kepada ibu bapa yang ingin memberikan gadjet untuk anak mereka, tidak
perlulah. Dengan memberikan gadjet, kita mungkin lebih mudah di mana tidak
perlu melayan kehendak mereka. Akan tetapi, mereka akan terus hanyut di dalam
dunia mereka sendiri. Eloklah kita bimbing mereka, ajak mereka melakukan
aktiviti bersama walaupun aktiviti yang mudah, berinteraksi dengan mereka,
dedahkan mereka dengan dunia luar. Ini akan dapat meransang kelima-lima deria
mereka serta meningkatkan keyakinan diri. Keadaan ketika kita kecil dan zaman
di mana anak kita kecil sudah jauh berbeza. Dulu, segalanya adalah tentang
penglibatan kita, sekarang budak-budak lebih banyak menghabiskan masa dengan tv
dan gadjet. Ia bergantung kepada kita sebagai ibu bapa bagi memastikan
anak-anak kita merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika waktu kecil
mereka.
Dapat dirumuskan di sini, penggunaan gadjet mengurangkan nilai-nilai
yang baik yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga. Masa berkualiti yang patut
diluangkan akan berkurang dan pelbagai lagi kesan negatif mungkin timbul.
Terdapat banyak bahan bacaan di internet terutamanya dari pakar kanak-kanak
bagaimana penggunaan gadjet boleh mempengaruhi anak-anak.sebagai ibu bapa, kita
patut meluaskan pengetahuan dan cuba menangani kerenah anak-anak tanpa perlu
mengambil jalan mudah seperti melambakkan mereka dengan teknologi.
Subscribe to:
Posts (Atom)