Monday, 14 September 2015

Bercerai susu part 1

Artikel; Noor Azma Abu Bakar

Hari ini merupakan hari pertama percubaan untuk bercerai susu bagi anak kedua saya, Aisyah. Sudah hampir 2 tahun 7 bulan saya menyusukan anak saya secara eksklusif. Keputusan untuk bercerai susu ini telah lama difikirkan tetapi memandangkan saya belum bersedia, maka saya pendamkan sahaja dahulu. Akhir-akhir ini agak susah untuk saya melakukan kerja rumah kerana anak saya asyik terlalu suka menyusu. Memandangkan susu sudah berkurangan dan permintaan yang lebih tinggi melebihi pengeluaran, masa yang lama diambil untuk memuaskan beliau.

Cara saya sangat senang dan mudah tetapi memerlukan tahap kesabaran dan pujukan yg tinggi. Saya sebenarnya telah mengaplikasikan kaedah yang sama saya guna semasa saya bercerai susu dengan anak pertama saya iaitu hanya menggunakan asam jawa. Saya lumurkan sekitar aerolea. Pastikan ia agak banyak supaya rasa masam itu ketara. Setiap kali anak saya ingin menyusu saya bagitahu susu saya masam tetapi dalam masa yang sama saya menawarkan susu saya kepada beliau. Kali pertama dia terkejut dan terus marah. Saya biarkan sahaja. Selepas itu selang beberapa ketika dia minta lagi. Saya tawarkan susu formula. Pada awalnya beliau menolak dan meminta susu saya. Saya beritahu susu masam dan biarkan dia cuba untuk merasa. Beliau terus menolak sambil memukul saya. Saya biarkan sahaja. Yang penting ibu kena kuat kerana emosi anak terganggu ketika ini. Libasan kaki dan tangan tanpa semena2 terus diberikan beliau tanpa mengira masa. Sebenarnya beliau ingin melihat kita marah tetapi jangan jatuh ke dalam perangkap itu. Biarkan sahaja sambil senyum dan pujuk beliau. Emosi perlu dijaga supaya ia tidak bertambah buruk.

Menidurkan selalunya sangat senang tetapi pada ketika ini itulah yang paling sukar. Bayangkan rutin beliau selama 2 tahun 7 bulan terpaksa ditukar. Semestinya rasa tidak puas hati itu melonjak-lonjak. Sabar. Itulah yang paling penting. Layankan sahaja kehendak beliau dan cuba untuk pujuk secara berhemah dan penuh kasih sayang. Bapa juga boleh membantu dengan mengalihkan perhatian anak.

Hari ini saya memang menjadi sasaran utama anak saya melepaskan amarah beliau. Kuncinya sabar dan pujukan. Alhamdulillah hari ini berjalan dengan jayanya.

Nota penting bagi ibu-ibu. Jika cara ini tidak berjaya pada kali pertama, teruskan juga selama beberapa hari. Jika masih tidak berjaya, jangan terus menukar kaedah. Biarkan selang masa beberapa hari kemudian baru tukar kaedah lain.

Esok insya Allah saya akan sertakan perkembangan terbaru. Saya harap segalanya akan lancar.

No comments: