Teks: Noor Azma Abu Bakar
Foto: Noor Azma Abu Bakar
Bulan ini, ramai yang saya kenal yang mendapat ahli baru dalam keluarga mereka.apabila saya berkunjung, saya dapati ibu-ibu muda yang baru pertama kali mempunyai anak agak kekurangan informasi. ini tidak menghairankan saya kerana saya pernah mengalami perkara yang serupa dulu. Ingin saya kongsikan tips yang agak umum yang mungkin sudah diketahui atau tidak. tips ini berdasarkan nasihat jururawat serta pembacaan dari sumber yang boleh dipercayai.
1. Ketika mengandung, adalah disarankan agar kita mengurut buah dada sendiri supaya puting terkeluar dan tidak timbul masalah puting tenggelam ketika menyusukan anak buat pertama kali. sikat yang bersih juga boleh digunakan untuk melancarkan aliran darah di sekitar payudara dan melancarkan susu ibu. ini boleh dilakukan seawal kehamilan.
2. Minyak kelapa dara boleh disapukan disekitar vagina bagi menjadikan ia lebih lembut dan mengurangkan koyakan. ini boleh dilakukan lebih awal sekitar trimester kedua dan bukan apabila sudah sakit hendak melahirkan.
3. Banyakkan berjalan bagi memudahkan kelahiran.
4. Banyakkan bacaan tentang pengurusan anak dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
5. Jangan percaya cakap-cakap bahawa kita tidak boleh menyusukan anak jika belum berurut. Ini biasa terjadi kepada ibu yang melahirkan anak sulung. Berikan susu sejurus anak lahir. Urut dan cuba perahkan susu sedikit bagi membantu bayi baru lahir belajar menyusu. Ini mungkin memakan masa dan tenaga tetapi jangan putus asa. Usahakan juga agar anak dapt menghisap kolostrum dan susu badan sendiri.
Ini adalah serba sedikit perkongsian yang dapat saya coretkan. Insyaallah jika berkesempatan, akan saya kongsikan lagi tips berkenaan mengandung dan kelahiran serta penjagaan bayi.
No comments:
Post a Comment